CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 22, 2009

Mukadimah RBF

Dari Admin Rafa Best Family a.k.a RBF..

Salam Enjoy Life kepada pengunjung blog RBF ini. Apa khabar anda hari ini? Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk melihat blog ini. Nampaknya kita ada jodoh di dalam RBF ini. Jodoh?

Sebenarnya, secara sedar tak sedar kita ada sesuatu yang amat penting di dalam diri kita. Iaitu "The Rich Freedom Is Yours". Kebebasan kekayaan adalah milik Anda.

Adakah kita benar-benar memilikinya? Jika benar, kenapa kita sering dengar masalah "tak cukup duit lah bulan ni", "alamak, kena bayar hutang lama", "nak makan besar di luar, tapi tgk duit dalam dompet, tak cukup la", "kena bajet bulan ni" dan macam-macam lagi yang kita sering dengar. Malah ianya pernah terjadi kepada kita.

Jadi ramai di antara kita yang makan gaji pada siang hari, terpaksa berniaga pada malamnya.
Tapi nak berniaga nak buka kedai makan, modal kena besar. Nak berniaga pasar malam, modal kena keluar hari-hari dan untung tak banyak. Nak jual top up, ramai sgt persaingan. Last-last, buka kedai burger. Tapi nak buka kedai burger, kena ada modal sekurang-kurangnya RM 3000. Nak beli stall, dapur gas, lampu, kerusi, meja, payung, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Untung 1 malam pun tak berapa banyak dan tak balik modal lagi kan?

Tapi sedar tak sedar, kena keluar lagi modal tiap-tiap hari untuk beli roti burger, daging lembu, ayam, sos cili dan tomato, mayonis, black papper, timun, cheese dan sebagainya. Mula mengeluh.
Siang penat bekerja makan gaji. Malam pula kena berniaga burger. Untung tak banyak sangat. Modal kena keluar tiap-tiap hari. Adakah hari-hari kita nak mengeluh dengan nasib kita dan kita masih di belenggu dengan masalah ini. Macam mana ni..?? kalau macam ini terjadi kepada kita, maka tak adalah "The Rich Freedom Is Yours"

Jadi, RBF ingin memberi anda jalan penyelesaian kepada semua masalah ini serta KUNCI kepada "The Rich Freedom Is Yours".. Jika anda ingin mengubah nasib anda sekarang ini, dan ingin hidup senang sentiasa, Maka anda kena serius untuk bertindak melakukan sesuatu..

Adakah anda ingin dapatkan KUNCI "The Rich Freedom Is Yours"?